"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu". Amin Ya Robbal A'lamin

Friday 25 April 2014

Post Pertama di tahun 2014

Assalamualaikum... ape kabar kawan2 smua..

xde ape crita baru pun nak dikongsi bersama sbb saya masih berstatus Isteri...blum masanyer lg utk bergelar Mummy..Ibu...Mama..Ummi..Mom..Mak...

InsyaAllah akan dberi hak itu dalam masa terdekat ini..amin

Sy xkan berputus asa untuk truskn usaha dn doa2 sy untuk merasakan semua detik-detik indah untuk menimang anugerah terindah drNYA..InsyaAllah