Umat Islam
digalakkan berdoa kerana ianya merupakan otak ibadah. Di dalam AlQuran terdapat
himpunan doa-doa yang diberi oleh Allah untuk kita bacakan setiap hari.
Ikutilah
contoh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Zakaria a.s., masing-masing tidak putus-putus
berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh. Mereka diduga sehingga
usia yang tua dan uzur sebelum mendapat zuriat.
Doa Nabi Ibrahim a.s.
Allhuma innaka ta'lamusirniiwa'alaa
niyati faqbul ma zrotii wa ta'lamu haajatii fa a'thinii su'lii wa ta'lamu maa
fii nafsii faghfir lii zanbii
Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang
saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya
Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau
mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.’
Doa Nabi Zakaria. a.s.
1. Surah Al-Anbiya:21:89
Tuhanku, janganlah engkau tinggalkan
daku seorang diri padahal engkau Tuhan yang paling baik dari segala orang yang
mewarisi
2. Surah Ai Imran
3:38
Robbi hablee miladunlakaa zurritontoiyiban innaka samii uddoa
Tuhanku, berilah kepadaku dari
sisi-mu keturunan (anak) yang baik, sesungguhnya engkau Tuhan yang sangat
mendengar doa
Doa sebelum persetubuhan
Bismillahi Allhuma jannibnas syaithoona wa jannibis syaithoona maa
rozaqn tanaa.
Doa ini
amat penting diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri bacaan doa sebelum
melakukan persetubuhan demi untuk menghindar dari gangguan syaitan keatas janin
kerana diriwayatkan bahwa setan boleh menganggu apabila pembentukan janin
berlaku.Mungkinkah ini yang menyebabkan kecacatan pada janin dan kehamilan
Molar.
No comments:
Post a Comment