"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu". Amin Ya Robbal A'lamin

Monday 27 February 2012

Doa & Amalan utk memperolehi ZURIAT


Doa & Amalan ini disampaikn oleh ~ Ustazah Siti Nor Bahiyah~

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Illahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.

Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa." Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi." Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

  1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
  2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
  3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
  4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
  5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

  • Surah al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
  • Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  • Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
  • Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
  • Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
  • Surah Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  • Surah Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
  • Surah an-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Cahaya share info nih dr seorg member yg post kat page group ICTRBA ^___^





I'm not alone

Boleh dikatakn Cahaya nih xla rajin ber FB or online tp dsbbkn kat opis bleh online n FB xblock so hati nih duk suruh mengular di kala STRESS or MOODY melanda...hehehe

Cahaya nih suka browse info tentang TTC dan ape2 info yg berkaitan baby, fertility & treatment...bukan ape saje nak tambah ilmu di dada (sbb Cahaya blum ade rezki baby  =(... ) tp azam tahun 2012 nih...Cahaya nak ade baby or conceive..InsyaAllah klu Allah perkenankn doa dan usaha Cahaya dan hubby..AMIN

one day nih...browse punya browse, jumpala satu page or group kat FB (closed group & strictly for those yg TTC n dah kawen lama tp blum ade rezki baby) named ICTRBA...hurmmm xyah la Cahaya disclose the full name sbb it is a very private & confidential nyer group yg involve sensitivity of the members' feeling at their TTC life...n group nih consist of members yg TTC from Year 1 of marriage until Year 12 of their marriage...fuhhhh and I'm not alone

Cahaya pun join group tuh dgn impian bleh kongsi segala suka dan duka berTTC...dn Alhamdulillah...akak3 & kawan2 group tuh sgt open utk share segala info2 termasuk petua2 yg sgt berguna pd yg TTC....dan lately nih, ramai yg TTC hmpir 3-7 tahun akhirnyer dikhabarkn berita  gembira "I'm Preggy" dan its menular spt penyakit berjangkit...dan Smoga turn Cahaya & hubby plak lepas nih...Amin

Friday 24 February 2012

Hubby + CT Brain + MRA Brain

ni cite pasal hubby and kesan sampingan dr accident in 2010.. =(

OK, sejak dr accident tu...hubby slalu komplen psal urat tarik2 kat kaki dia n sakit kpala (jarangla) tp klu kena hanya dia n Allah je yg tau sakitnyer...

Last year 2011, 2 kali dah wat CT Brain Scan kat Hospital Serdang tp xde findings yg serius dn doctor pun xtau ape punca sakit kpala..tp setiap kali sakit kpala mesti blood pressure dia naik mendadak...aishhhhh then mestila doctor tnya ade sapa2 dlm family ade BP nyer history...of course ade...my MIL on medication kot...hurmmmm tp doctor xberi kesimpulan sama ade genetic issue ke tak...then macam biasa, nasihat doctor suruh monitor BP n makan ubat.

OK....Cahaya slalu membebel kat hubby sbb dia nih xsuka makan ubat...pastu klu sakit nnt sapa yg susah...DEGIL btul la dia nih (slalu kena tarik telinga)...ehehehhe...so kena jg macam baby la jugak kn...(di saat nila, cahaya bg nama manja yg macam2 pd hubby...huhuhu)

Hurmmmm....ni plak cite this year 2012 n baru je lg nih...pd 13.02.12 dia komplen sakit kpala yg tersgt...ni kronologi sakit hubby yg Cahaya submit for medical claim (malas nak type ...hehehhee)

Date
Reason for treatment
13.02.2012
Take time off from office because of headache and went to Poliklinik Vijay at Taman Kinrara, Seksyen 1 around 2.30 pm for treatment.

Result during clinic visition : BP at 160/100 and MC for 2 days (13.02.2012 & 14.02.2012) and Medication.

Cause of headache: Diagnosed Celebral Concussion in August 2010 because of accident and lead to headache (on & off) and also high BP reading since then.
15.02.2012
5.50am - Complained having the same pain even tough after consuming the medication at 10pm (the day before, 14.02.2012) and could not sleep.
Around 6.30am, rushed to the nearest hospital because the nearby clinic (Poliklinik Vijay) is closed and he complained having severe headache continously and skull pain near to neck.

Result during triage / Medical Officer: BP at 160/100 and doctor advice for MRI/MRA Brain scan to look at the condition of the brain.

Result after MRI/MRA Brain scan: Report as attached and BP at 130/100 and MC for 2 days (15.02.2012 & 16.02.2012) and treated as outpatient.

Result MRI pun sama...no serious findings except hubby ade SINUS...aishhhhh nasibla minor yg bleh cure punyer la.....Alhamdulillah...hurmmm still doctor xbleh nak bg jawapan sebb ape dia sakit kpala n puncanyer mgkin genetik (tp xsure) unless active monitoring on BP level + medication (Cahaya kenala rajin supply ubat kat mulut hubby)...klu x, ke sampah la jawabnyer...huhuhu

Tuesday 14 February 2012

Period ke X nih?????

Cahaya pening dgn period yg tetiba je lain macam jek this month (Feb 2012)...selama nih since anak dara smpai last month..OK (regular cycle) dn 5-7 hari wlupun kekdg hari-4 dah kering (lpas kawen la) dn dsbbkn issue yg sama la, Cahaya rujuk Gynea for 1st time utk rectify problem period hari-4 tuh.....TAPI bulan nih lain plak kes nyer..adehhhh

Last friday (10.02.12 that is CD2 for this month cycle) Cahaya MC gara2 sakit perut on & off, ape cite nih perut nih...aishhh (xbaik ngeluh laaaaaa) n then byk plak lendir merah kuar, tp kat pad ade ciput je darahnyer (x ke pening)... esoknyer CD3, pun sama jek iaitu time nak shishing je kuar lendir tp kat pad lebih ckit dr CD2 (org ckap klu darahnyer ckit ade la tuh....tp hati berbelah bahagi nak wat upt)..hurmmmmm

OK, tunggula next day which is CD4 nak tgkla ape perubahannyer la kn.......ceh lg xde ape2 (dah kering) DENG!!!!!!! TAPI ade kluar lendir cam EW (Egg White)plak....huh lg pening kpala ni, knapa benda muncul time nih...aku ovulate time period ke...eh aku period ke X nih???

huru hara dah perasaan nih...aishhhhhhh tp aritu time jumpa doc (klinik panel company which also klinik sakit puan) ms MC, doc tu ckap sakit perut itu tindakbalas Clomid ms cycle Jan 2012....hurmmmm entahla

toing toing toing....

Saturday 11 February 2012

Kenangan Uitm Segamat

Kali nih entry lari ckit dr TTC sbb duk belek2 gmbar lama2 kat FB ngan hubby...huhuhu

Disaat permulaan cinta berputik dimenara gading...ceh siut je ayat nih hehehhe... Cahaya n hubby mula berkenalan di UiTM Segamat semasa kami berdua sama2 belajar under course yg sama - Diploma in Investment Analysis (DIIA)...tp di semester 5 or part 5 kami mula rapat setelah hubby duk usha usha since part 2 dlm kelas Bahasa Arab..hehhee...

Cahaya nih suka study kat Library ngan BFF Kimmy....time tula hubby duk suka join study sama n kongsikn crita2 dia...huhuhu tp xtaula time tu sebenarnyer dia ada hajat lain..hehe...ni la dikatakn jodoh kn..kami pun mula dating, outing sama2 memandangkn dia org Segamat...so senangla nak g mane pun..hehehe (amik kesempatan. kih kih kih)...nila gmbar2 ktorg semasa berdating dulu =)

Ni kat garden sbelah cafe di bangunan admin n lpas balik study
ni time study kat library..huhu
ni lpas last paper final- invt law kat dewan...huhuhu pastu adela nanges jap..keh keh keh
with my BFF Kimmy n kawan hubby Kpoh
After part 6 kami semua smbung study kat UiTM Shah Alam plak...huhuhu....Cahaya n hubby kekal couple hampir 6 tahun before ikat tali pertunangan...n masih lagi bercouple hampir 8 tahun dgn title hubby n wifey..huhuhu...dan smoga kami berkekalan bahagia hgga ke syurga dan akhir hayat..amin

Thursday 9 February 2012

Cik P Menang

lawak gler post title kali nih...akhirnyer Cik P menjenguk gak bulan nih (which is arini 09.02.12)...

harapan tuk preggy, hurmmmm ditangguh ke bulan seterusnyer...huhuhu...kali nih lain plak kerenahnyer...sakit kejap ade kejap xde (cam biskut chipsmore plak...aduyaiiiii)....simptom2 xde la plak...breast soreness xde langsung, sakit pinggang pun xde...pelik pelik tp perut cramp cam creampie tuh ade la tp sejak 3 hari lepas je...adehhhh

ptutla smlm asyik nak marah je kejenyer...hurmmmm pastu td asyik duk fkir2 apsal plak sakit kejap ade xde tuh...emotional plak...nak rs nanges...ekekeke...tup tup hubby call....air mata pun turun cam air terjun plak...hehehee...nasib hubby memahami dn ckap.."nnt kita g klinik ek"...lega ckit hati nih...

TTC Story - Part 2

Cahaya nak update result tuk cd11 n cd22 aritu je, Hurmmm...rsnyer entry kali nih pendek je la kot...sbb tgh xde mood

OK, cd11 = Cahaya kena wat TVS (transvaginal scan) sbb nak tgk tindakbalas Clomid pd diri Cahaya tuk keluar kn telur...time nih Cahaya amik cuti...sbb nak relaxkn diri nih...huhuhu result nyer mmg memberangsangkn sbb Doc ckap..."Fuh..byknyer telur n besar2" Alhamdulillah..senyum lebar jela sbb Cahaya ade wat survey gakla pasal result org lain...ade yg kecik ade yg besar, ade jugak yg xde langsung...hurmmmm rezki masing2 la kn...then doc saran tuk bersama hubby selang 2 hari...huhuhu....pastu Doc ckap andaikata period next cycle...kita wat HSG n Sperm Test ye...aisshhhh

camnila cth tuk tvs nyer procedure
lebih kurang camni la result Cahaya ms tvs tuh
cd22 plak...Cahaya kena wat blood test tuk tgk hormon progesterone tuk tgk samada Cahaya ovulate ke tidak...resultnyer dpat tau lpas 3 hari iaitu pd cd25 hurmmm Cahaya g sorg gak tp pas keje sbb hubby ade company dinner....lgpun tuk review result jekn...dpat doc xbest n xfriendly TP result sgtla OK...huhuhu...Progesterone level Cahaya = 101.3 nmol/L or 31.9 ng/ml...so Cahaya mmg ovulate cycle nih...^___^ so pasni tunggu smpai tarikh biasa cik P tu muncul la...klu xmuncul lg maksudnye mungkin ade rezki baby...hehehe...apepun xleh la nak letak harapan sgt nnt takut KECEWA plak..huhuhu


Friday 3 February 2012

TTC Story - Part 1

Alhamdulillah, Cahaya mempunyai seorg super duper lurvy hubby bernama Azizi dan telah membawa status hubby n wifey selama hampir 2 tahun...nak lebih tepat skali dah 1 tahun 9 bulan tp blum dkurniakn rezki baby buat kami...kami bukannyer merancang pun...klu ade rezki, trima je tp Allah lebih mengetahui dan menguji kami...

Cahaya mempuyai kitaran period yg regular iaitu dlm 29-31 hari...senggugut xpenah la lg (tp sengal2 pd hari 1st n 2nd) tu biasa jela kn...tp Cahaya penah xdtg period (dlm 2 bulan) itupun slps 6 bulan kawen ingatkn preggy...tp blum masanyer kot (time itula terasa sakit yg teramat sgt perut nih)..Selepas setahun kawen, period liza OK tp flow nyer heavy tuk 3 hari pastu kering...pelik jugak la kn...(ade akak opis ckap...mgkin nak lekat la tuh) tp Cahaya buat bodoh jela...n malas nak fkir sgt...Cahaya pun monitor everymonth..camtu jugak smpaikn 6 bulan camtu...so last year Nov 2011, Cahaya decide tuk berbincang ngan hubby...nak g jumpa Gynea sbb takut period cycle xcantik...Alhamdulillah...hubby pun SETUJU...happy sgt sbb dia memahami & supportive perasaan Cahaya...lgpun dia pun baby gak...^__^

Cahaya pilih tuk pegi Pusat Perubatan & Bersalin Umra kat Seksyen 13 Shah Alam (berdekatan ngan staduim shah Alam)....ni disbbkn ramai kawan2 + cousin yg bg good feedback psal servis kat situ (wlupun ade penah komen yg -ve kat forum psal Umra ni)...malas nak fkir...baik kita pegi n kita rate...lg bagus la kn..

So pd 14.11.2011 (cd4), Cahaya n Hubby pegi Umra dan register sbb masalah period
hurmmm...tmbang berat, check BP...pastu diassign kpd Dr Niraj (doc lelaki pun xpela kn..jnji bleh share info)...nervous gak la sbb 1st time jumpa doc lelaki itupun psal period...hahahaha lawak..doc tuh yg mulakn sesi..tnya soklan tp bleh jawab la kn...hurmmm lepas Cahaya explain problem period tuh trus dia ckap "itu bukan masalah besar pun, skarang u nak betulkn masalah period ke nak baby?" TOING TOING TOING....mestila NAK BABY (Cahaya n hubby serentak ckap..hehehhe) doc oiiiii...pastu dia wat Ultrasound...hurmmm...dia ckap rahim OK n XDE Cyst..Alhamdulillah n lebar je senyuman Cahaya n Hubby...camni ^________________^...pastu dia bg link ni www.nice.org.uk tuk baca psal fertility..pastu dia calculate timing yg sesuai tuk Cahaya n hubby to ML & prescribed asid folic..huhuhu...pastu tmbah lg...klu period next month dtg smula pd cd1 or cd2......Charges 1st visit + consultation + ubat = RM70.

tup tup...lpas balik je dr 1st visit tuh...hubby kena Chicken Pox plak...cian sgt kat dia n xdpat la kami bersama that month n cik P pun muncul ngam2 11.12.11..hurmmmm (tp decide xnak g jumpa doc sbb hubby xsihat sgt ms tuh)...lpas hubby fully recover, kami pun ML ikut timing n calculation sendiri (byk cari info kat website...hehehe) tp xberjaya gak =(  cik P muncul 10.01.12...hurmmmm xpela kn bukan rezki kami.....so kali nih ckap ngan hubby kena g jumpa Dr Niraj..so hubby pun OK..then kami pegi UMRA pd 11.01.12 (cd2)...doc xckap byk la tp dia prescribed ubat Clomid 100mg (2 biji la) + penjelasan ttng side effect ubat tuh...n kena makan pd cd2 - cd6....pastu dia advice dtg smula pd cd 11 tuk wat TVS(trans-vaginal scan) n cd22 tuk progestrone blood test....

okla...smpai sni je...nnt smbung lg psal result cd11 n cd22 tu ek..nntkn TTC Story - Part 2

Thursday 2 February 2012

Ramadhan 2010

Sebut pasal Bulan Ramadhan...smua org msti gembira, sbb ganjaran n amal jariah yg dijalankan sepanjang bulan nih tersangatlah indah spt Terawih, Malam tujuh Likur dll...wah hebat sgt bulan nih....Seperti mane pasangan2 lain yg baru berkahwin...mesti xsabar menunggu bulan nih tuk 1st time sbgai suami isteri kn kn kn .....tuk bangun sahur sama2, berbuka sama2, beribadah sama2...begitu juga Cahaya dan suami telah merancang utk smua nih pd tahun pertama meraikn bulan Ramadhan sebgai Suami Isteri...tp dugaan diberi Allah utk kami 4 hari sebelum seluruh umat islam meraiknnyer...

Seperti biasa selama 3 bulan berkahwin...Cahaya masak lpas balik keje (kkdg makan luar or bli lauk)...sbb slalunyer hubby akan makan selepas dia balik keje (xkira masa AP shift ke or EU shift ke or AMR shift) nak Cahaya specifickn pd 07.08.2010 hari Jumaat tuh...(genap sebulan hubby keje tmpat baru)...OK ni kisahnyer...hubby sebenarnyer on AMR shift mggu tuh (msuk kul 4.30 pm balik 1.30am)....Macam biasa hubby akan slalu call setiap hari tnya dah makan blum..dll n pd hari yg sama waktu rehat dlm kul 8.00 pm camtu dia call Cahaya....n dia khabar di makan  kat Ayam Penyet ngan kawan2 opis dia (dgr la tawa riang kekwn)..so Cahaya pun happy la jugak kn...at least hubby ade teman nak makan...^__^ dan dia janji nak g kenduri doa selamat umah pak long dia kat Nilai...so Cahaya pun ckap OK...

Sbb esoknyer hari sabtu...so Cahaya xdela nak tdo awal tp set alarm dlm kul 1.30am..so decide nak berjaga smpai hubby balik umah (tp malam tuh rs penat semacam) so tertido...n alarm berbunyi n masa tuh nak hmpir kul 2.00am... tp hubby xbalik lg =( (terasa pelik n rs takut pun ade- n kat opis tdpun Cahaya tba2 terasa takut sesgt n xtau knpa perasaan tu dtg)
Tup tup Cahaya terkejut sbb bunyi handphone...jawab call tuh trus buka lampu trus terduduk diam xterkata..."HUH ..ZIZI ACCIDENT, where is he and hows is he now" Cahaya bertanya dekat kawan hubby yg call tu  dan dia tambah yg dorg tggu Ambulance (knape ambulance, teruk sgt ke???, Cahaya rs takut sgt masa tuh...berdoa je spaya dia xpe2

Lpas tuh..trus kejut adik ipar..."Along accident, akak xtau nak buat ape..tggu jela kawan along call balik sbb dia janji nak bgtau bw along ke hospital mane"...Cahaya n adik ipar tergesa2 bersiap smentara tggu call kawan hubby tu....tup tup dia call dn ckap : They brought zizi to Serdang Hospital. huh Hospital Serdang..kat mane plak tuh????...xpela tawakkal je, otw ke hospital tuh...sempat tnya kat Tol LDP, jalan ke Hospital tu camne...akhirnyer alhamdulillah smpai ke bahagian Emergency hospital...

Cahaya tercari2 kat zon hijau, kuning tp xde..mane dia pergi dan trus ke kaunter tnyakn kat mane hubby Cahaya....pastu trus tangan Cahaya dtarik oleh kawan hubby..."zizi is now at Red Zone and he is unconscious"....Cahaya tawakkal je sbb xbleh jumpa hubby lagi sbb doktor tgh attend dia...aduyai, prasaan yg xbleh Cahaya lupekn smpai bila2..camne nih, family pun Cahaya xbgtau dulu sbb xtau keadaan die. Sementara menunggu, pegawai polis yg jaga tuh, (serahkn dompet, jaket,jeans, handphone, smua kpd Cahaya). Dlm pkul 3.30am, pegawai hospital announce, waris Azizi utk ke zon merah...Cahaya pun pergi jenguk dia (takut + gelabah, smua ade)... masuk2 je..hati Cahaya dah lembik tgk hubby terdampar xterdaya...berwayar beroksigen smua ade (ni gmbar2 dia)


smpai MIL ckap....delete smua gmbar2 nih sbb xsnggup tgk anak mama camni...sebak sgt time nih
Cahaya...sebak dn terus menangis...truk keadaan dia camni...hanya Allah yg tau perasaan Cahaya camne...selepas doktor sapa dia, minta dia kenal Cahaya..hubby ckap "this is my wife" huwaaaaa....mengalir air mata terjurai, Cahaya usap pipi dia dn bisik kat telinga dia...syg OK...Ayg sygkn abg tau...abg kena kuat dn semangat ye....
terus Cahaya kluar tggalkn dia...bgtau adik ipar dn trus call mak ayah Cahaya n MIL dlm kul 4.00am....time tuh mmg dah xtahan...meraung ms call dorg sbb xsnggup tgk hubby terdampar camtu..

Sementara tggu mak ayah dn FIL n MIL dtg, pegawai pggil waris Azizi utk masuk...berkejar masuk sbb dorg pggil tuk pindahkn hubby ke wad pemerhatian (Wad 6C - Pembedahan)...terkejut Cahaya...sbb hubby kena pindah wad tuh utk menyenangkn doktor wat pemantauan secara bergilir dn takut ade kecemasan nnt senang ke OT (operation theater)... (ni gmbar hubby setelah xde wayar2 sekeliling dia). Doktor sahkn dia xde patah tulang smua (Alhamdulillah, Syukur pd Allah)..cuma ade gegaran pd Otak so mgkin ade slightly loss of memory....hanya Tuhan yg tau perasaan Cahaya ketika ni..rs jantung gugur pun ade...tp apekn daya...Cahaya tabah dan sabar menghadapi dugaan Allah ni.

ade tuala sbb dia tgh demam yg agak tggi...=(


Setelah 4 hari di hospital (dilawat oleh saudara mara, kawan2) + doa2 smua org org...alhamdulillah hubby Cahaya beransur pulih dan dbenarkn balik....dan dsbbkn ade kisah crita yg lain...kami bawa hubby jumpa Ustaz utk rawatan traditional kat Keratong 6...Alhamdulillah, hubby Cahaya pulih sepenuhnyer (wlupun bukan 100% ms tuh) sebelum Hari Raya Aidilfitri... =)

hurmmmm crita dia panjang lg...tp cukup la setakat dsini...Smoga kalian yg membaca entry kali nih...Doakan Cahaya dn Hubby sihat sejahtera selamanyer..AMIN